exorcism = black magic = ?
Pulang ke kampung selepas resign, bukan sekadar pulang seperti selalu. Tapi pulang untuk berubat. Pulang menyambut ujian demi ujian.
Aku dipanggil ayah untuk pulang ke kampung atas alasan ibu saudaraku tenat. Tapi bila ke Hospital Sg.Petani, melawat anjang. She is fine. Cuma tak boleh bercakap buat sementara waktu kerana tengkuknya ditebuk. Tapi itu bukan permanent process.
Kemudian, ayah keluar masuk wad yang berlarutan untuk dua minggu. Ayah sesak nafas tiba-tiba walhal ayah tak pernah ada rekod untuk athma. Breathless. Pertama kali masuk kerana sesak nafas. Diagnos doktor pelbagai.
Tapi konklusi aku sendiri. Barangkali berkaitan dengan sihir yang dikenakan ke atas ayah juga. Sepanjang di kampung, perut aku naik semakin besar. Seperti orang pregnant 9 bulan. Jarang-jarang sekali turun.
A single women with preggy belly? Ingat bagus ke? Best?
Kalau mengandung baby, tak kisah! Ini mengandung entah apa-apa! Naik tak tentu masa. Bila je naik, all of sudden jadi breathless. Sesak nafas yang amat sangat. Rasa macam nak pecah!
sabar...
Sabar...
SABAR...
Itu pesan semua orang pada aku. Tapi berapa ramai yang mampu faham. Berapa ramai yang mampu menolong?
Dah jenuh berubat.
Aku pernah nampak macam mana exorcism berlaku pada orang yang aku sayang! Pada emak sendiri! Pernah nampak macam mana ayah sakit mengaduh bila tiba-tiba terasa seperti kakinya digigit dan dicucuk-cucuk.
Balik ke kampung ayah, aku berubat.
Dan aku muntah!
Sampai naik lembik!
Dari liang-liang roma aku, keluar kaca.
Pedih-pedih.
Katanya, kalau lama bakal jadi busung.
Bakal jadi?
Habis perut yang naik turun tu petanda busung?
Apa bencinya orang tu pada keluarga aku?
Demi Allah
Aku mengharapkan keburukan pada dia yang menyihirku dan keluargaku
Aku mengharapkan pembalasan yang setimpal buat dia dan keluarganya
Aku mengharapkan dia mendapat keaiban di dunia dan di akhirat
Aku mengharapkan dia melutut mengakui kesalahannya
Mustahil?
Memang mustahil
Aku tahu siapa dia
Dan insha-Allah
Aku mengharapkan dia mendapatkan balasannya..
Ameen.






